|
KOMPONEN
|
KETERANGAN
|
|
Panitia
|
Pendidikan Vokasional
Menengah Atas – Akuakultur
|
|
Tarikh
|
Februari 2015
|
|
Lokasi
latihan
|
Bengkel PAV, SMK KUNAK
JAYA
|
|
Nama Guru
|
BOON JENN KIONG
& MOHD RIDDUAN THAZALI
|
|
Bilangan
Murid
|
30 orang murid
|
|
Tingkatan
|
Tingkatan 3 PAV
|
|
Tajuk
|
Modul/Mata Pelajaran:
Akuakultur
Standard Kandungan:
1.0
menganalisis air dan tanah.
Standard Pembelajaran:
1.1 Menerima sampel tanah, sumber air dan air
hatceri.
1.2 mengumpul bahan dan peralatan uji
sampel tanah , sumber air dan
air hatcheri.
1.3 Menguji
sampel tanah , sumber air dan
hatcheri
1.4 Merekod
ujian sampel tanah,sumber air dan air hatcheri.
1.5
menyimpan bahan dan peralatan uji sampel tanah, sumber air dan air
hatcheri.
|
|
Objektif
latihan
|
1.1.1
Menyatakan jenis tanah, sumber air dan air hatceri
berdasarkan keperluan semasa.
1.1.2
Mendapatkan
sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan Amalan Akuakultur Baik
(AAB).
1.1.3
Menyatakan
tatacara penerimaan sampel tanah, sumber air dan
air hatceri mengikut urutan ditetapkan.
1.1.4
Penerimaan
sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan tatacara
ditetapkan.
1.1.5
Menentukan
sampel tanah, sumber air dan air hatceri dalam keadaan baik berdasarkan AAB.
1.1.6
Mengesahkan
penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan
tatacara ditetapkan.
1.1.7
Mematuhi
tatacara penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri seperti
ditetapkan.
|
|
Pengenalan:
·
Pengenalan
gambaran latihan yang ingin di ajar
(Di ambil dari Standard Pembelajaran dalam DSK)
·
Langkah pengajaran
seterusnya
·
Contoh
produk yang akan dihasilkan
·
Pengetahuan
sedia ada murid tentang tugasan ini
|
1.1 Menyatakan jenis tanah,
sumber air dan air hatceri berdasarkan keperluan semasa.
1.1.1
Guru menyatakan jenis tanah, sumber air dan air hatceri yang terdapat di
Malaysia.
1.1.
2 Guru menjalankan aktiviti soal jawab
dengan murid.
1.2 Mendapatkan sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan Amalan Akuakultur Baik (AAB).
2.2.1
Guru menerangkan cara mendapatkan sampel tanah, sumber air dan air hatceri.
2.2.2
Guru menunjukcara mengambil sampel tanah, sumber air dan air hatceri.
2.2.3
Guru menjalankan aktiviti mengambil sampel tanah, sumber air dan air hatceri.
1.3 Menyatakan tatacara penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri mengikut urutan ditetapkan.
1.3.1
Guru menunjukkan rajah carta alir
tatacara menerima sampel tanah, sumber air dan air hatceri.
1.3.2
Guru menerangkan tatacara menerima
sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan rajah.
1.3.3
Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh murid.
1.4 Penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan tatacara
ditetapkan.
1.4.1
Guru menunjukcara penerimaan sampel
tanah, sumber air dan air hatceri mengikut tatacara yang diterangkan.
1.4.2
Guru menunjukcara melengkapkan borang penerimaan sampel tanah, sumber air dan
air hatceri.
1.4.3
Guru bersoal jawab dengan murid.
1.5 Menentukan sampel tanah,
sumber air dan air hatceri dalam keadaan baik berdasarkan AAB.
1.5.1
Guru menunjukkan contoh sampel tanah, sumber air dan air hatceri yang di
tetapkan dalam AAB.
1.5.2
Guru meminta murid membuat pemilihan sampel tanah, sumber air dan air hatceri
yang baik mengikut ciri AAB.
1.6 Mengesahkan penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan tatacara ditetapkan
1.6.1
Guru menyatakan tujuan menyerah sampel tanah, sampel air dan rekod bacaan
parameter fizikal punca air.
1.6.2
Guru menyatakan contoh penerima, lokasi dan masa menyerah sampel tanah, sampel air dan rekod bacaan
parameter fizikal punca air.
1.6.3
Guru menunjukkan kaedah menyerah
sampel tanah, sampel air dan rekod bacaan parameter fizikal punca air.
Selepas sesi penerangan/demonstrasi/tunjukcara ini, murid akan
mengenalpasti peralatan, memahami kaedah, melakukan aktiviti mengambil sampel
tanah dan air. Murid juga sentiasa mengamalkan langkah keselamatan.
Produk yang dihasilkan ialah sampel tanah, sampel air,
rekod parameter fizikal air.
Murid telah mengenal sebahagian nama peralatan
pengujian asas yang pernah digunakan dan mengetahui sifat tanah dan air
sebelum mempelajari modul ini semasa di Tingkatan 2.
|
|
Isi:
Kemahiran yang
ditunjukkan kepada murid
|
Guru membuat
demontrasi kepada murid dengan:
1.
Mendengar dan menerima arahan
2.
Mengambil sampel tanah dan sampel air
3.
Merekod bacaan parameter air
4.
Mengamalkan langkah-langkah keselamatan
|
|
Pentaksiran:
|
Selain
menunjukkan eviden proses dan eviden produk, murid akan diuji secara ujian
kecekapan, lisan dan bertulis.
|
|
Kaedah Latihan
|
Kaedah latihan:
·
Tugas
Guru: Membuat penerangan dan demontrasi kepada murid
·
Tugas
Murid:Membuat kerja
mengambil sampel tanah, air, rekod parameter dan mengamalkan langkah keselamatan
|
|
Kesimpulan
|
Murid
diharapkan berjaya menunjukkan dengan jelas
|
|
Bahan
Sumber
|
Bahan sebenar:
1.
Peralatan menulis.
2.
Bahan dan peralatan menguji sampel tanah iaitu .......
3.
Bahan dan peralatan menguji sampel air iaitu......
4.
Peralatan keselamatan seperti......
5.
Bahan dan peralatan merekod ujian sampel iaitu.......
|
PENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS
Wednesday, September 9, 2015
CONTOH PENULISAN RANCANGAN SESI LATIHAN (RSL)
Rancangan Pengajaran PVMA Akuakultur
Panitia
|
Pendidikan
Vokasional Menengah Atas – Akuakultur
|
||
Nama
Guru
|
|||
Tarikh
Hari
Masa
|
8
Januari 2015
Khamis
7.30
pagi – 11.10 pagi
|
||
Tajuk
|
Modul/Mata Pelajaran:
Akuakultur
Standard Kandungan:
MENGANALISA AIR DAN TANAH
Standard Pembelajaran:
1.1 Menerima sampel tanah, sumber air dan air hatceri
|
||
Anggaran Masa Pengajaran
|
Kriteria Pencapaian
|
Tugas utama/Proses
|
Bahan sumber pembelajaran
|
40
minit
x
4
waktu
=
160 minit
|
1.1.1 Menyatakan jenis tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan keperluan semasa.
1.1.2 Mendapatkan sampel tanah, sumber air
dan air hatceri berdasarkan Amalan Akuakultur Baik (AAB).
1.1.3 Menyatakan tatacara penerimaan sampel
tanah, sumber air dan air hatceri mengikut urutan ditetapkan.
1.1.4 Penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan tatacara ditetapkan.
1.1.5 Menentukan sampel tanah, sumber air
dan air hatceri dalam keadaan baik berdasarkan AAB.
1.1.6 Mengesahkan penerimaan sampel tanah, sumber air
dan air hatceri berdasarkan
tatacara ditetapkan.
1.1.7 Mematuhi tatacara penerimaan sampel
tanah, sumber air dan air hatceri seperti ditetapkan.
|
Guru
membuat penerangan dan menunjukcara kepada murid dan murid akan kompeten menerima
sampel tanah, sumber air dan air hatceri
|
Modul
Pembelajaran, Rajah berwarna, bekas sampel tanah, bekas sampel sumber air dan
bekas air hatceri, borang pengesahan yang berkaitan.
|
Refleksi
(ditulis tangan)
|
Pada keseluruhannya, sesi pengajaran saya berjaya di laksanakan mengikut
perancangan. Saya telah berjaya melakukan sesi penerangan, tunjukcara menerima
sampel tanah, sumber air dan air hatceri mengikut piawaian Amalan Akuakultur
Baik (AAB). Pemerhatian saya di dalam kelas mendapati bahawa murid saya telah
kompeten memahami tatacara menerima sampel dan pengesahan penerimaan sampel
tanah, sumber air dan air hatceri.
Selain daripada itu, bahan sumber pembelajaran yang saya gunakan iaitu
bahan sebenar juga di dapati sangat menarik minat murid. Murid saya juga
sentiasa bermotivasi untuk menjalankan tugasan yang diberikan.
|
||
Friday, January 23, 2015
G-STAR KIDS Fast Learning Formula..
1 Botol RM 49.00 Sem
2 Botol RM 73.00 Sem
3 Botol RM 100.00 Sem
UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN :
SAMSUL ANUAR BIN MD KHALID - 0143833678
RAFIZAH BINTI ABD RAHMAN
- 01128985292
Wednesday, July 27, 2011
UDANG KARA AIR TAWAR

Udang Kara air tawar
Salam ceria sihat kaya bahagia,
Peluang menjadikan keunikan dan keindahan ‘LOBSTER’, sebagai pengisi ruang dan masa yang amat menguntungkan
Projek Penternakan dan Pembiakan Udang kara Air Tawar:-
• Merupakan satu industri ternakan baru & mempunyai potensi amat baik.
• Lobster air tawar mudah diternak disamping permintaan dan pasaran yang luas.
• Lobster merupakan hidangan eksotik, rendah kolesterol dan tinggi protein.
• Penternakan dalam bekas plastik, kolam simen/kenves atau aquarium(Hiasan).
• Dalam/luar rumah sendiri atau bangunan kedai.
• Dengan mengunakan air paip yang ditakung semalaman(dirawat).
Peralatan Yang Mudah Dan Murah, sebagaimana penyediaan memelihara ikan dalam akuarium.
BAGAIMANA DENGAN KEUNTUNGAN!!!..
• 1 ekor induk betina udang kara (Lopster) boleh bertelur dari 50 hingga 1500 biji telur.
• Induk betina boleh bertelur tiga kali setahun.
• Penternakan udang kara air tawar boleh membesar dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci.
• 1 ekor udang kara air tawar mempunyai berat dari 75gram
hingga 250 gram.
Berkenalan dengan Udang kara Air tawar.
• Rupa bentuk serupa dengan udang kara laut.
• Bezanya ia mudah di pelihara.
• Udang kara air tawar memiliki dua bahagian iaitu Kepala dan Badan, cengkerang yang menutup kepala udang tersebut berfungsi untuk melindungi organ tubuh seperti otak, insang, hati dan tepi organ.
• Udang kara merupakan spesies yang tidak memiliki tulang dalam.
• Permukaan tubuh dan organ luarnya diliputi dengan cangkerang
• Sepasang antena yang berperanan untuk merasa dan meraba makanan dan keadaan sekitar.
• Sepasang antena yang berfungsi untuk menghidu sebelum mengambil makanan.
• Sepasang penyepit yang lebar dengan ukuran lebih panjang dibandingkan dengan ruang dasar penyepitnya.
• Enam ruas badan (abdomen) agak menipis dengan lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala.
• Satu ekor tengah yang pipih sedikit lebar dan dilengkapi duri-duri halus yang terletak di semua bahagian tepi ekor serta dua pasang ekor tepi yang pipih.
• Enam pasang kaki berperanan ketika renang.
• Induk betina yang sedang bertelur, kaki renang memiliki rangsangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dipenuhi.
• Kaki renang digunakan untuk membersihkan telor dan larva dari kekotoran.
• Empat pasang kaki untuk berjalan.
• Jantina udang kara dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki dan ukuran sepit.
• Udang kara jantan memiliki sepit lebih besar dari induk betina.
• Kecerahan warna kulit dan warna pada hujung sepit dapat membezakan jantan dan betina.
Wednesday, August 19, 2009
Kaedah mudah biak ikan emas



IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.
IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.
Bagaimanapun terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop, Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin yang sering menjadi pilihan pemilik akuarium.
Ikan emas mendapat permintaan baik daripada peminat akuarium kerana harganya yang berpatutan serta warna yang sering mendapat perhatian ramai.
Ternakan ikan emas boleh dilakukan dengan memilih ikan induk (jantan) yang boleh dikenal pasti dengan melihat sifat luarannya yang lebih kecil berbanding ikan betina yang berperut buncit serta berbadan pendek manakala sirip ikan jantan memiliki biji mutiara kecil yang lebih jelas.
Pemeliharaan ikan jantan dan betina dapat menggalakkan pembiakan spesies itu dan kemungkinan itu boleh menjadi kenyataan dengan mengikut beberapa syarat asas yang betul untuk menggalakkan proses pembiakan.
Sebagai permulaan, campuran metilena diperlukan untuk mencegah jangkitan kulat pada telur yang dihasilkan nanti dan penggunaan pokok hiasan seperti kiambang (Eichornia crassipes) hendaklah dimasukkan ke dalam akuarium sebagai penggalak pembiakan.
Perlu diingatkan, pemeliharaan ikan ini juga boleh dilakukan bagi tujuan pembiakan untuk menghasilkan lebih banyak ikan dan mendapat pelbagai warna atau bentuk berlainan untuk mencantikkan lagi akuarium anda.
Sebelum dilepaskan, induk matang jantan dan betina perlu diasingkan sekurang-kurangnya dua minggu pada waktu malam atau awal pagi bagi membantu menggalakkan proses pembiakan ikan dalam masa yang lebih singkat.
Telur ikan yang sudah keluar akan melekat pada akar kiambang dan ia akan menetas dalam tempoh 30 hingga 48 jam manakala akar kiambang perlu dibuang selepas proses penetasan telur berlaku.
Makan hidup seperti rotifer dan miona perlu diberikan pada hari keempat penetasan bagi membantu ikan mendapat zat yang diperlukan untuk terus hidup.
Bagaimanapun, anda disarankan untuk memisahkan ikan yang baru menetas dengan ikan dewasa bagi mengurangkan risiko ia terhapus akibat serangan ikan yang lebih besar dan elakkan mencampurkan ikan spesies ini dengan ikan ganas seperti toman atau flowehorn.
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)



.jpg)