Wednesday, September 9, 2015

Rancangan Pengajaran PVMA Akuakultur

Panitia
Pendidikan Vokasional Menengah Atas – Akuakultur

Nama Guru


Tarikh
Hari
Masa
8 Januari 2015
Khamis
7.30 pagi – 11.10 pagi
Tajuk
Modul/Mata Pelajaran:
Akuakultur

Standard Kandungan:
MENGANALISA AIR DAN TANAH


Standard Pembelajaran:
1.1 Menerima sampel tanah, sumber air dan air hatceri
Anggaran Masa Pengajaran
Kriteria Pencapaian
Tugas utama/Proses
Bahan sumber pembelajaran

40 minit
x
4 waktu

= 160 minit

1.1.1 Menyatakan jenis tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan keperluan semasa.
1.1.2 Mendapatkan sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan Amalan Akuakultur Baik (AAB).
1.1.3 Menyatakan tatacara penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri mengikut urutan ditetapkan.
1.1.4 Penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan tatacara ditetapkan.
1.1.5 Menentukan sampel tanah, sumber air dan air hatceri dalam keadaan baik berdasarkan AAB.
1.1.6 Mengesahkan penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri berdasarkan tatacara ditetapkan.
1.1.7 Mematuhi tatacara penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri seperti ditetapkan.

Guru membuat penerangan dan menunjukcara kepada murid dan murid akan kompeten menerima sampel tanah, sumber air dan air hatceri
Modul Pembelajaran, Rajah berwarna, bekas sampel tanah, bekas sampel sumber air dan bekas air hatceri, borang pengesahan yang berkaitan.
Refleksi
(ditulis tangan)
Pada keseluruhannya, sesi pengajaran saya berjaya di laksanakan mengikut perancangan. Saya telah berjaya melakukan sesi penerangan, tunjukcara menerima sampel tanah, sumber air dan air hatceri mengikut piawaian Amalan Akuakultur Baik (AAB). Pemerhatian saya di dalam kelas mendapati bahawa murid saya telah kompeten memahami tatacara menerima sampel dan pengesahan penerimaan sampel tanah, sumber air dan air hatceri. 

Selain daripada itu, bahan sumber pembelajaran yang saya gunakan iaitu bahan sebenar juga di dapati sangat menarik minat murid. Murid saya juga sentiasa bermotivasi untuk menjalankan tugasan yang diberikan.

No comments:

Post a Comment