Wednesday, July 27, 2011

UDANG KARA AIR TAWAR


Udang Kara air tawar






Salam ceria sihat kaya bahagia,




Peluang menjadikan keunikan dan keindahan ‘LOBSTER’, sebagai pengisi ruang dan masa yang amat menguntungkan

Projek Penternakan dan Pembiakan Udang kara Air Tawar:-

• Merupakan satu industri ternakan baru & mempunyai potensi amat baik.
• Lobster air tawar mudah diternak disamping permintaan dan pasaran yang luas.
• Lobster merupakan hidangan eksotik, rendah kolesterol dan tinggi protein.
• Penternakan dalam bekas plastik, kolam simen/kenves atau aquarium(Hiasan).
• Dalam/luar rumah sendiri atau bangunan kedai.
• Dengan mengunakan air paip yang ditakung semalaman(dirawat).

Peralatan Yang Mudah Dan Murah, sebagaimana penyediaan memelihara ikan dalam akuarium.
BAGAIMANA DENGAN KEUNTUNGAN!!!..

• 1 ekor induk betina udang kara (Lopster) boleh bertelur dari 50 hingga 1500 biji telur.
• Induk betina boleh bertelur tiga kali setahun.
• Penternakan udang kara air tawar boleh membesar dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci.
• 1 ekor udang kara air tawar mempunyai berat dari 75gram
hingga 250 gram.

Berkenalan dengan Udang kara Air tawar.

• Rupa bentuk serupa dengan udang kara laut.
• Bezanya ia mudah di pelihara.
• Udang kara air tawar memiliki dua bahagian iaitu Kepala dan Badan, cengkerang yang menutup kepala udang tersebut berfungsi untuk melindungi organ tubuh seperti otak, insang, hati dan tepi organ.
• Udang kara merupakan spesies yang tidak memiliki tulang dalam.
• Permukaan tubuh dan organ luarnya diliputi dengan cangkerang
• Sepasang antena yang berperanan untuk merasa dan meraba makanan dan keadaan sekitar.
• Sepasang antena yang berfungsi untuk menghidu sebelum mengambil makanan.
• Sepasang penyepit yang lebar dengan ukuran lebih panjang dibandingkan dengan ruang dasar penyepitnya.
• Enam ruas badan (abdomen) agak menipis dengan lebar badan rata-rata hampir sama dengan kepala.
• Satu ekor tengah yang pipih sedikit lebar dan dilengkapi duri-duri halus yang terletak di semua bahagian tepi ekor serta dua pasang ekor tepi yang pipih.
• Enam pasang kaki berperanan ketika renang.
• Induk betina yang sedang bertelur, kaki renang memiliki rangsangan untuk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur dan larva dipenuhi.
• Kaki renang digunakan untuk membersihkan telor dan larva dari kekotoran.
• Empat pasang kaki untuk berjalan.
• Jantina udang kara dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki dan ukuran sepit.
• Udang kara jantan memiliki sepit lebih besar dari induk betina.
• Kecerahan warna kulit dan warna pada hujung sepit dapat membezakan jantan dan betina.

Wednesday, August 19, 2009

Kaedah mudah biak ikan emas




IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.
IKAN emas (Carassius auratus) adalah sebahagian daripada keluarga kap dan ia menjadi pilihan di kalangan pemilik akuarium untuk memeliharanya kerana warna keemasan yang sering menambat hati terutama mereka yang baru berjinak dengan hobi ini.

Bagaimanapun terdapat pelbagai spesies ikan emas di pasaran termasuk Red Oranda, White Oranda, Pearlscale, Moor, Teleskop, Comet, Pompom, Ranchu, Lionhead dan Red Oriental Ryukin yang sering menjadi pilihan pemilik akuarium.

Ikan emas mendapat permintaan baik daripada peminat akuarium kerana harganya yang berpatutan serta warna yang sering mendapat perhatian ramai.

Ternakan ikan emas boleh dilakukan dengan memilih ikan induk (jantan) yang boleh dikenal pasti dengan melihat sifat luarannya yang lebih kecil berbanding ikan betina yang berperut buncit serta berbadan pendek manakala sirip ikan jantan memiliki biji mutiara kecil yang lebih jelas.

Pemeliharaan ikan jantan dan betina dapat menggalakkan pembiakan spesies itu dan kemungkinan itu boleh menjadi kenyataan dengan mengikut beberapa syarat asas yang betul untuk menggalakkan proses pembiakan.

Sebagai permulaan, campuran metilena diperlukan untuk mencegah jangkitan kulat pada telur yang dihasilkan nanti dan penggunaan pokok hiasan seperti kiambang (Eichornia crassipes) hendaklah dimasukkan ke dalam akuarium sebagai penggalak pembiakan.

Perlu diingatkan, pemeliharaan ikan ini juga boleh dilakukan bagi tujuan pembiakan untuk menghasilkan lebih banyak ikan dan mendapat pelbagai warna atau bentuk berlainan untuk mencantikkan lagi akuarium anda.

Sebelum dilepaskan, induk matang jantan dan betina perlu diasingkan sekurang-kurangnya dua minggu pada waktu malam atau awal pagi bagi membantu menggalakkan proses pembiakan ikan dalam masa yang lebih singkat.

Telur ikan yang sudah keluar akan melekat pada akar kiambang dan ia akan menetas dalam tempoh 30 hingga 48 jam manakala akar kiambang perlu dibuang selepas proses penetasan telur berlaku.

Makan hidup seperti rotifer dan miona perlu diberikan pada hari keempat penetasan bagi membantu ikan mendapat zat yang diperlukan untuk terus hidup.
Bagaimanapun, anda disarankan untuk memisahkan ikan yang baru menetas dengan ikan dewasa bagi mengurangkan risiko ia terhapus akibat serangan ikan yang lebih besar dan elakkan mencampurkan ikan spesies ini dengan ikan ganas seperti toman atau flowehorn.